Jumaat, 11 Februari 2011

Pokok Stevia



Stevia merupakan sebahagian daripada genus bunga matahari (Asteraceae) Berasal daripada iklim sub tropika dan tropika Amerika selatan dan Amerika tengah yang hampir sama dengan iklim tropika di Malaysia.

Spesis Stevia rebaudiana yang juga dikenali sebagai sweetleaf, sweet leaf, sugarleaf, atau mudahnya stevia, telah dihebahkan kepada umum sebagai daun ajaib yang mengeluarkan manisan.

Sebagai Bahan pemanis dan juga pengganti gula, Stevia memberi rasa manis yang sedikit lambat tetapi kekal sangat lama berbanding gula. (ini disebabkan kelarutan stevia didalam air yang amat perlahan) Walaupun begitu ianya meninggalkan sedikit rasa pahit seperti gula licorice (seperti beberapa gula-gula herba english ) pada kepekatan tinggi.


Dengan rasa dari ekstrak stevia mampu untuk mencapai 300 kali tahap kemanisan berbanding gua biasa (ketika telah larut dengan kepekatan tinggi) , stevia telah mendapat perhatian daripada pengguna bahan rendah karbohidrat (pengamal diet) dan juga pengguna gula alternatif .


Kajian perubatan juga menunjukan keupayaan stevia untuk merawat ( dalam konteks pengawalan ) penyakit darah tinggi dan kencing manis serta penyakit Hipertension.

Ini disebabkan oleh stevia mempunyai kesan terabai (negligence effects) pada kadar glukosa gula. Ini terjadi akibat daripada stevia hanya memberikan rasa manis tetapi tidak mempunyai glukos atau mana mana komponen gula dan merupakan bahan pemanis yang asli tanpa bahan kimia aditif.

Penanam makanan organik merasakan sangat ideal untuk menanam stevia di ladang mereka ini kerana stevia adalah penghalau serangga yang tidak toksik kerana kadar kemanisan pada stevia yang sangat tinggi menyebabkan stevia sangat sukar untuk dimusnahkan oleh serangga dan di laporkan tiada ancaman belalang pada ladang yang mempunyai stevia kerana kadar kemanisan yang sangat tinggi pada stevia.

Sejarah mengenai Stevia Kurun ke 16 : Penjajahan Sepanyol di Paraguay telah mendapati bahawa masyarakat paraguay ketika itu telah menggunakan ka'a he'e sebagai bahan pemanis didalam minuman manis, makanan manis dan juga makanan ringan.

1887 : Dr.Moises Santiago Bentoni menemui stevia ketika mengkaji herba yang digunakan di paraguay dan menamakannya dengan memberikan penghormatan kepada ahli kimia paraguay Dr.Rabaudi.

1931 : Dua orang ahli kimia Perancis Bridel & Lavielle berjaya mengekstrak stevioside.

1954: Jepun membiakkan stevia dan menjadi diantara pengguna stevia terbesar didunia.

Disember 2008 : Penggunaan Stevia sebagai bahan perasa makanan (food additives) telah diluluskan oleh US-FDA (Food Dietetic Administration)

Kelebihan penggunaan stevia

● Daun- 20 hingga 30 kali ganda lebih manis dari gula

● ekstrak- 200 hinga 300 kali ganda lebih manis dari gula

● Sangat tinggi khasiat

● Sangat enak jika di buat ulaman

● Tiada Kalori

● Tiada lemak

● Tidak toksik dan tiada pemanis tiruan ( ini kerana pemanis asli stevirol

● tidak glisemik

● membantu penghadaman dan membantu mengurangkan berat badan

● ph dan juga stabil kepanasan sehinga 200°C

● Penambah rasa

● Boleh digunakan dalam masakan dan juga bakeri

● Tanpa preskripsi doktor

● menghalang gigi dari rosak

● anti oksida

● menambahkan tenaga

● menambahkan kekuatan minda

● tidak menambahkan nilai paras gula dalam darah

● tidak menyumbang kepada penyakit jantung korolari

● mengurangkan keinginan untuk menikmati makanan bergula dan berlemak

● mengurangkan keinginan untuk mengambil produk alkohol dan tembakau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan