Jumaat, 11 Februari 2011

Khasiat Stevia

Kegunaan komersial stevia dan Ekstraknya

Banyak juga penggunaan stevia didalam makanan kerana kestabilan kandungan steviol sehingga 200°c tanpa mengubah rasa manis atau menguraikan stevia. Ini membolehkan penggunaan stevia didalam perbagai masakan seperti kek. Biskut roti dan konfeksioneri dan pelbagai pemanis mulut seperti agar agar, jelli dan minuman jus.

Kegunaan Untuk Makanan dan Kulinari

Pelbagai penggunaan bahan stevia untuk kegunaan harian.

• Pemanis atas meja - Untuk the, kopi dan lain lain
• Minuman Ringan, Kordial dan Jus Buah-Buahan
• Ais Krim, Youghurt,
• Kek dan Biskut
• Pastri, pai dan bakeri
• Jem, sos, dan Jeruk
• Jeli, dan pencuci mulut
• Gula-gula getah
• Gula-gula dan konfeksineri
• Makanan laut dan sayur sayuran
• Diet bagi penjaga berat badan
• Diet bagi pesakit kencing manis
• Perasa, pewarna, dan juga pemanis dan juga meningkat bau
• Sumber antioksidan

Penggunaan Perubatan pada stevia

Diabetes
Diabetes adalah salah satu penyakit kronik dimana ianya merupakan masalah yang besar dikebanyakan negara-negara didunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 1996 dimana dianggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun keatas menghidapi diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa.

Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk
bahan bakar. Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Dengan penggunaan stevia, Respon pankreas untuk menghasilkan insulin menjadi lebih cekap dan berupaya untuk membetulkan keadaan glukos yang termendap dalam darah. Kesan pemulihan akan bermula apabila pengurangan pengunaan gula glukos dalam darah dan stimulasi rasa manis akan menambahkan respon pada pankreas untuk menghasilkan lebih insulin bagi membawa insulin dalam darah.

Bolehkah stevia digunakan oleh pesakit diebetik?

Apakah kelebihan stevia ?

“Stevia ialah pemanis yang mempunyai kesan yang sama seperti saccharine dan ianya boleh digunakan seperti mana mana gula tiruan yang lain. Kelebihan stevia ialah ianya datang dari sumber asli dan tidak toksik. Ia merupakan cubaan yang sangat baik kepada pesakit yang mempunyai penyakit diabetes” Dr. Irwin Ziment
Professor of Medicine, University of California Los Angeles (UCLA),
USA

Kegemukan

Kegemukan kebanyakan berlaku apabila makanan yang mempunyai bahan lemak yang tinggi tidak dibakar sebagai tenaga dan disimpan dibawah kulit. Proses metabolism badan yang menukarkan gula juga menjadikan proses ini berlaku.

Pengawalan kegemukan dapat dilakukan dengan penggunaan stevia secara konsisten dan mengurangkan penggunaan bahan berlemak. Menjadikan pembakaran bahan lemak yan tingal dibawah sel kulit akan berlaku dengan cepat.

Hiperaktif
Kebanyakan sel sel saraf akan di rangsang kembali dengan penggunaan stevia. Ini akan membantu dari segi pengawalan saraf saraf dan juga membentu penenangan diri pengguna. Ini akan membantu penyembuhan penyakit yang disebabkan oleh hiperaktif.

Produk perubatan yang dihasilkan oleh stevia.

· Ubat gigi, Pencuci mulut, (penanggal plak dan pencegahan plak secara pasif dengan penggantian glukos dalam makanan)

· Penjagaan kulit, ekzema dan pengawalan jerawat sebagai agen penyembuhan cepat

· Makanan pesakit siabetis dan pengawalan berat badan

· Pengawalan hipertension dan juga tekanan darah tinggi.

· Agen Penyerapan Kalsium

· Agen Anti Bakteria

Kapsul dan pill aditif bagi menambahbaikan rasahttp://www.bigextracash.com/aft/d5aea5a5.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan